ARTICLE

  coklat1coklat2

KEISTIMEWAAN COKLAT

i.          APA ITU COKLAT?
Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
ii.         KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Kandungan
Coklat kosong
Coklat susu
Tenaga
511 kcal
514 kcal
Lemak
32.3 g
29.0 g
Protein
4.1 g
8.1 g
Karbohidrat
51.9 g
56.1 g
Zat Besi
2.3 mg
0.8 mg
Kalsium
29.0 mg
233.0 mg
Tiamin
0.04 mg
0.09 mg
Riboflavin
0.02 mg
0.3 mg
Niasin
0.4 mg
0.4 mg
Vitamin A
22.0 mg
84.0
iii.        KELEBIHAN COKLAT

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan      
            kematian akibat penyakit koronari jantung
h)         Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan




LKM anjur Hari Koko, Coklat Malaysia 2010

2010/09/20

LEMBAGA Koko Malaysia (LKM) akan menganjurkan Hari Koko dan Coklat Malaysia 2010 pada bulan depan bagi memberi maklumat dan mempromosi produk koko kepada orang ramai. 

Program akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 15 Oktober di Pusat Pameran Mid Valley juga diadakan bersempena Hari Koko Sedunia.
Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr Azhar Ismail, berkata program itu adalah usaha berterusan bagi mempromosikan industri koko di negara ini terutama sektor hiliran.
Industri koko Malaysia kian pesat membangun, manakala produk dihasilkan semakin berkualiti selaras menjadikan negara ini Raja Coklat Asia. 

Program ini membuka peluang kepada usahawan yang berminat menceburi industri pembuatan coklat yang kian mendapat tempat dalam pasaran, katanya di Kuala Lumpur. 

Dr Azhar berkata, program itu turut memberi peluang pembabitan sektor lain seperti sektor pembekal bahan mentah, peralatan mesin dan sektor pelancongan. 

Beliau berkata, negara mencatatkan pendapatan RM3.2 bilion hasil daripada eksport koko dan produk berasaskan koko tahun lalu, susut sedikit berbanding RM3.4 bilion yang dicatatkan pada 2008. 
Sementara itu, LKM menjangka 50,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari program membabitkan 64 ruang pameran termasuk satu pavilion LKM. 

Syarikat terbabit dalam program itu termasuk pengilang coklat dan konfesioneri koko, usahawan coklat buatan tangan, pembekal bahan dan peralatan coklat serta pembekal bahan penanaman koko. 

Pelbagai aktiviti menarik dirancang termasuk pameran produk kulinari dan konfeksioneri, demonstrasi produk makanan dan bukan makanan berasaskan koko serta maklumat kesihatan mengenai koko.

No comments:

Post a Comment